Saturday, 31 January 2015

Focal Point (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Menakjubkan.... Satu tanda 'X' pada loji nuklear berharga RM30,000. Apakah cerita dan alasan di sebaliknya?

'X' adalah titik fokus kita. Apakah 'X' itu? Buku ini mendedahkan 'X' itu dan pastinya memberikan impak yang besar dalam hidup kita.

Gunakan proses Focal Point atau titik fokus, idea Brian Tracy yang terbukti berkesan dalam mencetuskan aura dan perubahan positif melalui setiap tindakan kita. Kejayaan yang lebih besar daripada apa yang kita impikan akan tercapai dengan Focal Point.


Friday, 30 January 2015

Siapa Ain Maisarah ? ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Ramai yang mungkin sudah mengenali penulis buku remaja Kak Ain Maisarah dan mungkin juga ada yang belum mengenali empunya nama Ain Maisarah. Kak Ain Maisarah ialah seorang penulis buku novel remaja. Kebanyakkan hasil karya Kak Ain Maisarah berkisarkan kisah remaja dan keinginan setiap remaja.

"Aku Mahu" adalah trademark judul buku Kak Ain Maisarah. Berikut merupakan Biodata Ringkas Penulis Ain Maisarah:

Dilahirkan pada 5 Mac 1982 di Johor. Pendidikan: TESL, Universiti Darul Iman Malaysia. Anak jati Johor ini mula berkarya sejak 2005 dengan menceburi bidang penulisan teknologi baru iaitu mobile book (m-book) bersama Maxis, ketika masih menuntut.


Siapa MATLUTHFI ? ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum


Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.

Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day". Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.

Rich Dad Poor Dad ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Mempunyai dua orang ayah yang mempunyai karakter yang berbeza adalah suatu pengalaman yang berharga untuk penulis buku Rich Dad Poor Dad iaitu Robert T.Kiyosaki.

Cara pemikiran berbeza diantara kedua-kedua ayah, memberikan peluang untuknya belajar dan mengambil pelajaran berguna. Seorang ayah inginkannya belajar dan mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Dan seorang lagi mengajarnya berniaga tanpa diberikan upah untuk memberikan pengalaman terbaik.

Perbezaan karakter inilah yang mengajarnya untuk berjaya dalam hidup malah bergelar jutawan.


Selamat membaca :)

Tips merangsang anak membaca ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka pintar membaca. Tetapi tidak ramai yang tahu cara yang terbaik untuk membuatkan anak mereka rajin membaca.

Antara tips yang boleh dilakukan bagi merangsang anak rajin membaca ialah:

Timbulkan minat membaca dikalangan anak anak dengan membawa mereka ke kedai buku. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke kedai buku ia secara tidak langsung dapat menarik minat anak -anak membaca.

Jangan memaksa anak membaca. Ibu bapa tidak digalakkan untuk memaksa anak-anak membaca, biarkan mereka membuat keputusan dengan rela hati untuk membaca.

Biarkan anak-anak memilih bahan bacaan mereka. Ibu bapa dinasihatkan jangan terlalu ingin anak-anak membaca mengikut kehendak mereka. Biarkan anak-anak memilih bahan bacaan yang mereka suka.

Mulakan dengan bahan bacaan ringan seperti komik untuk anak kecil. Komik mempunyai daya tarikan tersendiri, gambar dan warna yang menarik akan merangsang anak-anak untuk membaca.


Selamat membaca ;)

Bacalah ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Kita semua tahu iaitu awal suruhan Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah membaca. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.

Jelas disini bahawa membaca amat penting dalam menuntut ilmu. Budaya membaca perlu diterapkan oleh ibu-bapa kepada anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh tauladan yang terbaik kepada anak-anak agar timbulnya minat dalam diri anak-anak untuk membaca.


Selamat membaca ;)

Selamat Datang ~ Tokey Buku Online

Assalamualaikum

Selamat Datang ke Tokey Buku, kami menjual pelbagai jenis buku terkini.

Ingat Buku, Ingat Tokey Buku Online!